Program Pemimpin Bersama Rakyat

YDP Pas Kawasan Keningau sedang memberikan ceramah kepada hadirin yang hadir bersama pemimpin pakatan rakyat di Keningau,Sabah.





Yang dipertua Pas kawasan Keningau merangkap Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah ,Ust Hisamuddin Hj.Sulaiman bersama pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat dalam program Hari Raya dan pemimpin bersama rakyat.





Keningau,24/10/2009-Program hari raya dan pemimpin bersama rakyat telah diadakan di Kampung Bayangan.Antara pemimpin yang hadir pada program itu ialah Ydp pas kawasan Keningau merangkap Ketua Penerangan Negeri Sabah,Ust Hisammuddin Sulaiman,pemimpin Keadilan seperti Dato'Chua Jui Meng dan Dr.Jeffry Kitingan,serta Dr.Nicoles berserta pemimpin-pemimpin lain pakatan rakyat.Majlis itu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 3oo orang yang memberikan sokongan kepada program-program pakatan rakyat.
Para pemimpin pakatan rakyat mengambil peluang untuk menyampaikan ceramah pada rakyat disamping menjelaskan isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.
YDP pas Keningau menggunakan medium yang ada ini untuk menyampaikan komitmen parti untuk berkerjasama dalam menumbangkan Umno di Sabah khususnya di Keningau.Isu-isu pembangunan di kawasan pendalaman atas ini diterangkan kepada rakyat bahawa mereka tidak sepatutnya ketinggalan di saat 52 tahun Malaysia telah merdeka.Sepatutnya mereka lebih membangun daripada kawasan lain kerana hasil bumi mereka lebih besar daripada tempat-tempat lain.
Persoalan kebajikan rakyat turut diketengahkan dan mereka berkomitmen penuh untuk menyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik dan adil.Ucapan daripada YDP pas mendapat sokongan yang baik dan mereka merasakan jika Pakatan Rakyat seperti PAS,KEADILAN DAN DAP bersatu dalam tindakan serta strategi maka BN akan tumbang di seluruh pelusuk negeri Sabah.
Majlis diakhiri dengan jamuan dan cenderahati yang diberikan oleh PAS dan pemimpin pakatan kepada Dato'Chua yang akan kembali ke Semenanjung.
Pas akan terus komited memperjuangkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan demi menjunjung keadilan sejagat.



oleh:Lajnah Penerangan PAS kawasan Keningau

Antara Sekolah Daif di Keningau

Walaupun memiliki seramai 550 orang murid tetapi inilah sekolah yang memerlukan bantuan segera dari pihak KPM

http://sktuaridtaud.blogspot.com/2009/08/sktt-perlu-bantuan-segera.html

Projek Pembinaan Jalan Sapulut- Kalabakan tidak capai objektif

21st October, 2009

KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabakan didapati tidak mencapai objektifnya iaitu membina jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sapulut di Keningau dengan Kalabakan di Tawau, Sabah.


Baca Lagi >>